GO GEOUS! MINUMAN APPLE SWISS STEM CELL - FIRST IN ASIA


Tuesday, 7 December 2010

GoGeous -Potensi Jualan Langsung

Industri Jualan Langsung Mampu Jana Pendapatan Lumayan - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) -- Industri jualan langsung mampu menjana pendapatan lumayan menerusi rangkaian pemasaran yang mantap dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata industri itu yang telah bergerak aktif seiring dengan globalisasi mempunyai potensi untuk dikembangkan apabila banyak syarikat ternama luar negara mula bertapak di negara ini.

"Kehadiran mereka (syarikat ternama luar negara) mencorakkan industri jualan langsung ini mampu meningkatkan pendapatan rakyat dan negara," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak RM10 bilion daripada industri jualan langsung menjelang 2015.

Beliau yakin sasaran itu akan dicapai lebih cepat sekiranya rakyat mempunyai keyakinan terhadap industri jualan langsung di Malaysia.

"Keyakinan tersebut akan diterjemahkan dalam bentuk mesej yang baik disampaikan kepada rakyat ataupun pelabur luar. Dengan ini, usaha mempromosikan industri jualan langsung oleh delegasi perniagaan yang diketuai kerajaan dalam menjalin kerjasama menerusi proses pemadanan akan menjadi mudah," katanya.

Ismail Sabri berkata kementerian telah menggariskan panduan bagi memastikan industri jualan langsung sentiasa berkembang menerusi pembentukan Pelan Induk Perdagangan Pengedaran.

Katanya, program mengenai industri jualan langsung akan turut direncanakan di dalam pelan induk jualan langsung.

Beliau juga menyeru usahawan yang menceburi dalam industri jualan langsung agar mematuhi kod etika dan peraturan di bawah Akta Jualan Langsung bagi memelihara imej perniagaan tersebut.

-- BERNAMA

setia bersama Gocell, to be Go Geous

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...